suria

1,300 Peserta Sertai Kejohanan Duathlon Dan Triathlon Antarabangsa

GEORGE TOWN: Sebanyak 1,300 peserta mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Duathlon dan Triatlon Antarabangsa Pulau Pinang 2015 di Teluk Bahang, Ahad ini.

Pengerusi penganjur Ben Woon berkata lebih 100 peserta luar negara termasuk dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Singapura telah mendaftar untuk kejohanan edisi ketiga itu.

Acara triatlon memerlukan peserta berenang di pantai sejauh 1.5km,berbasikal 40km dan acara larian sejauh 10km manakala acara duathlon melibatkan larian 7km, berbasikal 40km dan diteruskan dengan larian 10km, katanya.

"Kedua-dua acara itu dijalankan serentak dan peserta diberi tempoh lima jam 30 minit untuk tiba di garisan penamat," katanya pada sidang media pada Selasa.

Woon berkata jalan dari Taman Rimba Teluk Bahang hingga Jalan Sungai Rusa akan ditutup mulai 7.30 pagi hingga 12 tengah hari, bagi memberi laluan kepadaa cara berbasikal yang akan bermula di Empangan Teluk Bahang hingga Jalan Baru,Balik Pulau. -BERNAMA

Duathlon, Triatlon Pulau Pinang

Artikel Lain