JUARA bertahan Terbuka Perancis, Maria Sharapova berjaya mara ke pusingan ketiga selepas mencatatkan kemenangan ke atas rakan senegaranya, Vitalia Diatchenko dari Rusia, 6-3, 6-1. Pemain ranking kedua dunia itu kini akan bertemu dengan pemain Australia, Sam Stosur, naib juara 2010 untuk tempat ke pusingan 16 pemain terakhir pada Khamis. Tahun lalu, kedua-dua pemain ini bertemu di pusingan keempat. Sharapova adalah juara Terbuka Perancis sebanyak dua kali dan menjadi naib juara sekali pada 2013 - tewas di tangan Serena Williams. Keseluruhannya Sharapova pernah memenangi lima kejuaraan Grand Slam. Siri kejuaraan Grand Slam ialah Terbuka Australia, Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.