suria

Disebalik Skandal Rasuah Sepp Blatter Tetap Menang Jawatan Presiden Fifa

Sepp Blatter. Foto AFP

SEPP Blatter kekal sebagai Presiden Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) untuk penggal kelima pada Jumaat selepas pencabarnya, Putera Ali Al-Hussein dari Jordan mengakui kekalahannya selepas pusingan pertama pada pemilihan jawatan itu.

Di sebalik pendedahan skandal rasuah yang melibatkan wang berjuta-juta dolar Amerika yang menyaksikan 14 orang termasuk tujuh pegawai tinggi badan itu ditahan dua hari yang lalu, Blatter tetap menang jawatan presiden.

Ia berikutan Fifa tetap bertekad untuk meneruskan pemilihan pucuk pimpinannya sebagaimana yang dijadualkan.

Pencabar Blatter, Putera Ali Al-Hussein menarik diri selepas tewas 73-133 undian pada pusingan pertama. 

Seramai 209 perwakilan dari seluruh dunia akan mengundi untuk menentukan presiden yang baharu.

Blatter yang berusia 79 tahun mengucapkan terima kasih di atas kemenangannya.

"Saya akan mengemudi 'kapal' yang bernama Fifa ini dan membawanya kembali berlayar. Saya akan mengambil tanggungjawab ini untuk mengangkat kembali Fifa, bersama anda semua, kita akan melakukannya. Saya yakin dengan perkara ini. 

"Saya berjanji pada akhir perkhidmatan saya nanti, saya akan menyerahkan Fifa kepada pengganti yang mempunyai kedudukan yang sangat kuat.

"Saya tidak sempurna tetapi kita akan melakukannya yang terbaik bersama-sama. Majulah Fifa, majulah Fifa!" kata Blatter yang sambil menyifatkan usianya itu bukan menjadi masalah untuk memegang jawatan itu.

Fifa, Sepp Blatter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain