suria

Perlawanan Akhir DRB Hicom Bertemu Kedah Di Bukit Jalil - FAM

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perlawanan akhir Liga Perdana melibatkan pasukan DRB Hicom menentang Kedah akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

Menurut jadual liga terbaharu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT FAM), selain perubahan melibatkan pertemuan DRB Hicom-Kedah yang diubah dari Stadium Proton Tanjung Malim ke Bukit Jalil, perubahan venue turut melibatkan dua lagi perlawanan iaitu, UiTM FC menentang Pulau Pinang dan KL SPA Putrajaya bertemu PKNS FC.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di dua stadium berbeza di Melaka.

UiTM FC akan melayan Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat manakala KL SPA Putrajaya menentang PKNS FC di Stadium Hang Tuah pada waktu yang sama iaitu 8.45 malam Jumaat.

Bagaimanapun perlawanan antara DRB Hicom bertemu Kedah antara yang menjadi tumpuan kerana skuad Helang Merah bakal dinobatkan juara Liga Perdana jika berjaya mengutip sekurang-kurangnya satu kemenangan dan seri dalam dua perlawanan terakhir ini.

Pada malam Selasa, Kedah akan melayan kunjungan Sabah di Stadium Darulaman.


Kedah, Helang Merah

Artikel Lain