suria

Nadal Tundukkan Murray Dengan Mudah

Rafael Nadal.

RAFAEL Nadal mempamerkan persembahan terbaiknya musim ini dengan menewaskan pemain Britain, Andy Murray 6-4 61 pada Final Jelajah Dunia ATP, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu membolehkan Nadal yang bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim ini akibat kecederaan melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan itu.

Terdahulu, Nadal menundukkan Stanislas Wawrinka dalam kumpulan Illie Nastase pada Isnin.

"Bagi saya beraksi di peringkat ini, menentang pemain hebat adalah khabar gembira. Saya gembira dengan kemenangan ini. Saya hanya mahu terus berusaha memastikan saya berada di landasan yang betul," kata Nadal.

Dalam perlawanan berasingan, Stan Wawrinka akan menentang Murray bagi merebut tempat ke separuh akhir kejohanan itu selepas menundukkan David Ferrer 7-5 6-2 di London, awal pagi Khamis.

Ferrer kini tersingkir selepas tewas dalam dua aksi sebelum ini.

"Ia saingan yang sengit. Agak sukar untuk beraksi menentang David tetapi saya amat gembira. Saya tidak bermula dengan baik tetapi saya berjaya mengembalikan rentak permainan saya," katanya.



Artikel Lain