MANCHESTER United dilapor enggan meminjamkan Marouane Fellaini kepada pasukan lain sebaliknya mahu menjual pemain berkenaan pada harga tidak kurang £27.5 juta. Kelab Itali, AC Milan sebelum ini dilapor ingin meminjam Fellaini dari United tetapi telah ditolak. Bagaimanapun kelab gergasi Inggeris itu sedia menjual pemain tinggi lampai dari Belgium berkenaan pada harga £27.5 juta iaitu jumlah sama ketika dibeli dari Everton pada 2013. Fellaini merupakan antara pemain yang dibenci penyokong United gara-gara aksi tidak memberangsangkan yang dipamer tonggak tersebut sejak musim lalu. Dia yang menjadi pemain pilihan kedua jurulatih, Louis Van Gaal turut 'diboo' oleh penyokong sendiri.