suria

Terbuka Australia: Kerber-Konta Mara Ke Separuh Akhir

Kerber mara ke separuh akhir selepas menewaskan Azarenka pada Rabu.

ANGELIQUE Kerber menempah tiket separuh akhir buat kali pertama dalam aksi Grand Slam Terbuka Australia dengan menewaskan Victoria Azarenka secara straight-set pada Rabu.

Kerber mencatat kemenangan pada set pertama dengan 6-3 dan meneruskan aksi mantap pada set kedua dengan 7-5.

Ternyata kemenangan ke atas bekas juara dua kali di Melbourne itu memberi kenangan manis kepada Kerber setelah enam kali tewas pada pertemuan sebelum ini.

"Rekod saya 0-6 sebelum ini. Pada perlawanan ini saya katakan kepada diri sendiri  'just play like you play on the practice courts, just go for it''," jelasnya pemain Jerman itu selepas perlawanan.

"Saya gembira kerana berjaya mengalahkan dia buat kali pertama. Ia sesuatu yang menakjubkan dapat beraksi di peringkat separuh akhir nanti".

Sementara itu, Azarenka yang cuba bangkit pada set kedua, namun Kerber berjaya mengatasi serangannya sebelum melepaskan pukulan terakhir mata kemenangan.

Kerber bakal berdepan dengan Johanna Konta dari Britain yang menyingkir pemain China Shuai Zhang pada aksi sama dengan 6-4 6-1.

Konta,24, mencipta rekod pertama pemain Britain yang berjaya menjadi finalis pada aksi grand slam selepas Virginia Wade menjuarai Wimbledon pada tahun 1977.

Artikel Berikut

Artikel Lain