JOSE Mourinho yang akan dilantik sebagai pengurus Manchester United dalam tempoh terdekat dilapor akan menjadikan Zlatan Ibrahimovic sebagai individu pertama yang dibawanya ke Old Trafford. Ibrahimovic yang tidak terikat dengan pasukan atau ejen selepas kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat bagaimanapun menuntut sebanyak £8 juta sebagai yuran untuk menandatangani kontrak selama dua tahun. Pemain Sweden itu juga mahukan gaji sebanyak £200,000 seminggu walaupun kini berusia 34 tahun. Pelantikan Mourinho juga semakin hampir dibuat selepas ejennya, Jorge Mendes bertemu Ketua Eksekutif United, Ed Woodward pada Selasa. Dalam pertemuan itu, Mourinho dikatakan setuju dengan kontrak selama tiga tahun bernilai £45 juta. Dailymail melaporkan, perbincangan itu turut mencapai persetujuan mengenai pembelian John Stone yang turut menjadi buruan Manchester City.