PEMAIN tenis No.1 dunia, Novak Djokovic menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan final Terbuka Perancis selepas mengatasi Dominic Thiem 6-2 6-1 6-4 pada aksi separuh akhir, malam Jumaat. Djokovic perlu menunggu sehingga Ahad ini untuk menamatkan gemuruh berentap di final keempatnya di Paris. Pemain berusia 29 tahun itu akan menjadi pemain kelapan melengkapkan kariernya dalam kejohanan Grand Slam sekiranya melakar kemenangan pada Ahad ini. Djokovic akan bertemu Andy Murray dari Britain yang berjaya menundukkan pemain pilihan ketiga, Stan Wawrinka pada aksi final Ahad ini. Murray menewaskan Wawrinka dengan 4-6 2-6 6-4 2-6 pada satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung malam Jumaat.