PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg menyambar petak pertama pada saingan kelayakan Formula Satu Grand Prix Jerman, pada Sabtu.
Penguasaan di petak pertama itu menyaksikan aksi terbaik pelumba kelahiran Jerman itu berbanding rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang ketinggalan dalam tiga sesi latihan bebas sebelum itu.
Biarpun mengalami masalah elektrik jenteranya ketika pusingan pertama kelayakan itu, Rosberg tidak mengalah dan terus mencuba memintas pelumba-pelumba lain sebelum menamatkan lap terakhir di barisan hadapan di Litar Hockenheim itu.
Catatan terpantas 1:14.363 ini menjadikan Rosberg menguasai petak pertama buat kali kedua berturut-turut selepas saingan di Hungary minggu lalu.
"Perlumbaan yang sangat menarik apabila bersaing dengan Lewis dan Red Bull," ujar Rosberg.
Manakala Hamilton mengakui tidak melakukan yang terbaik pada lap terakhir sehingga ketinggalan di belakang Rosberg.
Senarai penuh keputusan kelayakan dan kedudukan petak pelumba:
1 Rosberg (Ger) Mercedes 1min 14.363s
2 Hamilton (Gbr) Mercedes 1:14.470
3 Ricciardo (Aus) Red Bull 1:14.726
4 Verstappen (Hol) Red Bull 1:14.834
5 Raikkonen (Fin) Ferrari 1:15.142
6 Vettel (Ger) Ferrari 1:15.315
7 Hulkenberg (Ger) Force India 1:15.510
8 Bottas (Fin) Williams 1:15.530
9 Perez (Mex) Force India 1:15.537
10 Massa (Bra) Williams 1:15.615
11 Gutierrez (Mex) Haas 1:15.883
12 Button (Gbr) McLaren 1:15.909
13 Sainz (Spa) Toro Rosso 1:15.989
14 Alonso (Spa) McLaren 1:16.041
15 Grosjean (Fra) Haas 1:16.086
16 Palmer (Gbr) Renault 1:16.665
17 Magnussen (Den) Renault 1:16.716
18 Wehrlein (Ger) Manor 1:16.717
19 Kvyat (Rus) Toro Rosso 1:16.876
20 Haryanto (Ina) Manor 1:16.977
21 Nasr (Bra) Sauber 1:17.123
22 Ericsson (Swe) Sauber 1:17.238