suria

Abang Yakin Chong Wei Mampu Hadiah Emas Untuk Negara

KUALA LUMPUR: Abang kepada jaguh badminton negara Lee Chong Wei, Lee Chong Hoon yakin pemain nombor satu dunia itu mampu menyumbang pingat emas untuk kontinjen negara pada Sabtu.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan prestasi cemerlang ditampilkan adiknya yang berjaya menempah tiket ke final.

"Saya harap beliau dapat kekalkan momentum permainan dan fokus kepada persediaan diri sendiri. Usah terlalu fikir lawan yang bakal dihadapinya sebaliknya bijak mencuri peluang yang terhidang pada aksi final nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir melibatkan Chong Wei dan Lin Dan di sebuah restoran di sini, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Chong Hoon mengakui beliau mengenepikan perasaan gemuruh ketika menonton perlawanan tersebut kerana ia merupakan medan terakhir Chong Wei di pentas Sukan Olimpik.

"Sebelum ini saya tidak melihat perlawanan melibatkan Chong Wei kerana perasaan gemuruh itu akan datang secara tiba-tiba. Namun saya tabahkan juga untuk melawan perasaan gemuruh itu bagi memberi sokongan padu kepada adik saya dalam memburu pingat emas yang menjadi idamannya selama ini. - BERNAMA

Artikel Lain