suria

Sam Allardyce Pilihan Utama Urus Crystal Palace

BEKAS pengurus England, Sam Allardyce menjadi pilihan utama menggantikan Alan Pardew di Crystal Palace.

Allardyce dijangka bakal menermui presiden kelab, Steve Parish dalam tempoh 24 jam ini dan sekiranya berjalan lancar, dia bakal mula menguruskan skuad pada pertemuan bertemu Arsenal, 1 Januari depan.

Manakala Pardew yang dipecat pada Khamis gara-gara keputusan buruk musim ini bakal menerima wang pampasan berjumlah 3 juta euro (RM17 juta) selepas dipanggil dalam satu mesyuarat di ibu pejabat kelab di London.

Sebelum ini nama Allardyce sudah pun berada dalam radar kelab ini sejak Pardew gagal mengembalikan pasukan ke posisi yang lebih selesa.

Biarpun karier Allardyce dicalit kontroversi sebelum ini, Crystal Palace tetap yakin pengurus itu mampu menyelamatkan mereka dalam Liga Perdana.

Chris Coleman, Roy Hodgson dan Roberto Mancini turut disebut sebagai calon memikul tugas di Crystal Palace, namun nama Allardyce lebih menjadi pilihan utama mereka.

Sebelum ini, kontrak Allardyce sebagai pengurus England ditamatkan serta-merta selepas 67 hari dilantik kerana didakwa melakukan tindakan yang memalukan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) apabila terlibat dengan skandal pemindahan pemain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain