suria

Vettel Perlu Kurangkan Risau - Ferrari

Sergio Marchionne

SEBASTIAN Vettel perlu 'kawal pemanduan, lebih tenang dan kurangkan risau' jika dia mahu kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) musim 2017, jelas presiden Ferrari Sergio Marchionne.

Vettel berdepan dengan musim sukar bersama Ferrari tahun ini, apabila sekadar menduduki tempat keempat keseluruhan pemandu dan hanya merangkul trofi kemenangan pertama di Maranello pada 2015.

Prestasi juara dunia empat kali itu agak ketinggalan berbanding rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen musim ini.

Vettel juga turut mencetuskan kontroversi apabila memarahi pengarah perlumbaan F1 Charlie Whiting dan pelumba Red Bull, Max Verstappen menerusi radio F1 ketika aksi Grand Prix Mexico. 

Bagaimanapun isu tersebut selesai selepas dia membuat permohonan kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Sebelum ini Vettel diberi peringatan oleh ketua pasukan Maurizio Arrivabene supaya 'menjaga posisinya' di Scuderia menjelang musim 2017.




Menurut Marchionne, kedua-dua pelumba mereka masih dalam penelitian.

"Pelumba-pelumba masih dalam proses kemajuan dan mengakui kami masih mencari sesuatu yang lebih baik di masa hadapan, malah perlu berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap situasi orang lain.

"Ia bukan bermakna kami tidak yakin dengan pelumba-pelumba sendiri, tetapi lebih adil untuk katakan bahawa mereka masih di bawah penilaian pasukan.

"Saya gembira dengan musim Raikkonen, dan akan terus berlumba pada tahun 2017, tetapi apa yang berlaku selepas itu? Adakah dia mahu bersara atau terus berlumba?

"Manakala buat masa sekarang tidak ada gunanya berbincang mengenai kontrak baharu Vettel kerana kita perlu mengetahui sama ada dia selesa atau tidak untuk terus bersama kami pada tahun 2017.

"Kami hanya perlu memberikannya sebuah kereta yang mampu menang, sebaliknya tidak ada gunanya jika hanya bercakap mengenai masa depan.

"Dia mahu menjadi juara bersama pasukan ini dan kami sedar mengenainya. Bolehkan kita memberi jaminan kepadanya? Sebagai pertukaran, dia perlu mengawal pemanduannya, menjadi lebih tenang dan kurangkan perasaan risau.

"Dia hanya perlu fikirkan kemenangan serta menewaskan pelumba lain di trek dan bukannya terlibat dengan 'permusuhan' peribadi," jelasnya.

Sebastian Vettel, Ferrari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain