KAPTEN Tottenham Hotspur, Hugo Lloris menandatangi kontrak baharu untuk bersama kelab itu sehingga tahun 2022. Penjaga gol kebangsaan Perancis itu telah merekodkan 189 penampilan bersama Spurs sejak tiba dari Lyon pada tahun 2012. Selain membantu Perancis mara ke pusingan akhir Euro 2016, Lloris,29, turut beraksi sebanyak 37 daripada 38 perlawanan ketika Spurs menamatkan kedudukan ketiga terbaik dalam era Liga Perdana Inggeris. Dia mencatat 35 rekod bolos yang sekaligus menjadikan Spurs merakam keputusan terbaik sejak layak ke Liga Perdana pada tahun 1992.