suria

Pemilihan BAM: Elyas Tak Setuju 'Gentleman's Agreement'

Norza Zakaria.

PETALING JAYA: "Tak perlu 'gentleman's agreement' tapi lantik calon sesuai."

Demikian tegas bekas Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar ketika mengulas mengenai gentleman's agreement' iaitu perjanjian awal yang menjadikan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria sebagai presiden baharu badan induk tersebut.

Elyas yang menerajui BAM pada 1985 hingga 1993 berkata pemilihan calon berkaliber yang tepat mengatasi segalanya kerana individu yang dipilih berperanan mencorak hala tuju badan induk tersebut.

"Gentleman's agreement tak ada makna, apa yang lebih penting adalah kita pihak orang yang boleh bawa kemajuan kepada BAM.

"Kalau nak letak orang yang tak sesuai untuk apa? Kita nak yang betul-betul boleh buat kerja bukan berdasarkan perjanjian awal itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Tegas beliau, individu yang dipilih itu nanti bukan sekadar mengisi jawatan No.1 dalam BAM tetapi berupaya menaikkan mutu sukan badminto negara.

"Ia bukan soal jawatan semata-mata tetapi calon yang dipilih tidak harus lupa sasaran negara terhadap sukan ini," katanya.

Pemilihan bagi jawatan presiden bakal mencuri tumpuan dengan penyandang, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sudah menyatakan pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan itu.

Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid dan Norza Zakaria antara dua calon berpotensi bagi mengisi kerusi nombor satu badan induk itu menggantikan Tengku Mahaleel. 

Tarikh pemilihan pucuk pimpinan BAM hanya akan diketahui selepas mesyuarat ahli majlis badan induk itu yang akan berlangsung pada 8 April ini.

Artikel Lain