FABIO Fognini menundukkan Kei Nishikori 6-4 6-2 untuk menjadi pemain bukan pilihan pertama, dalam tempoh 10 tahun yang mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Miami. Pemain dari Itali berusia 29 tahun itu, yang telah mengalahkan Jo-Wilfried Tsonga dan Feliciano Lopez sebelum ini, telah menambah Nishikori, salah seorang pemain pilihan kejohanan yang juga pemain nombor empat dunia dalam senarai pemain yang ditundukkannya untuk mara ke peringkat separuh akhir. Fognini akan berdepan sama ada Rafael Nadal dan Jack Sock dalam separuh akhir. Fognini telah mematahkan servis dalam permainan keempatnya itu untuk mendahului 4-1 tetapi Nishikori sempat bangkit untuk mata 5-4 sebelum tewas perlawanan seterusnya. Nishikori yang bergelut dengan kecederaan lutut dan berjaya menang ke atas Federico Delbonis pada Selasa terpaksa berdepan keadaan sukar pada set kedua, di mana servisnya berjaya dipatahkan sebanyak tiga kali sebelum tewas di tangan pemain nombor 40 dunia hanya dalam masa 68 minit.