BEKAS bintang Liverpool dan Real Madrid, Alvaro Arbeloa mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak pada usia 34 tahun. Pemain kebangsaan Sepanyol itu memenangi trofi Piala Dunia 2010 dan dua kejohanan Euro dalam 56 penampilannya untuk negara. Malah dia juga memenangi tiga trofi bersama Real Madrid termasuk satu aksi La Liga dan dua kejohanan Liga Juara-Juara. Arbeloa menandatangani kontrak selama setahun bersama West Ham selepas dilepaskan Madrid Ogos lalu. Namun dia hanya melakukan empat penampilan bersama kelab yang berpangkalan di London itu. "Sudah tiba masa untuk ucap selama tinggal. Secara fizikalnya saya OK untuk terus bermain. "Madrid merupakan kelab sepanjang hidup saya, saya tidak pernah meminta untuk sesuatu tugas tetapi saya sentiasa ada untuk menawarkan diri," kata Arbeloa.