suria

Conte 'Bikin' Mourinho Panas

ANTONIO Conte sudah membuktikan dirinya sebagai pengganti yang tepat di Chelsea apabila memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris selepas Jose Mourinho dipecat dari kelab London itu.

Kini Conte mahu meluaskan permusuhan dengan Mourinho, bukan sahaja di padang, tetapi berkaitan luar daripada bola sepak.

Selepas ditawarkan lanjutan kontrak untuk menjadi pengurus Chelsea paling mahal dibayar gaji dengan bayaran 9.6 juta pound sterling setahun, Conte kini bersetuju mahu bekerjasama dengan agensi promosi dan pengurusan muzik, MN2S.

Syarikat yang beribu pejabat di London itu bertanggungjawab menjaga jenama dan penampulan Conte bagi membolehkan pengurus kelahiran Itali itu menjana pendapatan sampingan.

Namun dia berdepan tugas sukar untuk mengatasi Mourinho yang dikenali sebagai pengurus paling popular di dunia.

Jurulatih kelahiran Portugal yang digelar sebagai 'Special One' itu meraih pendapatan 10 juta pound sterling setahun selain gajinya bersama Manchester United iaitu sebanyak 12 juta pound sterling.

Baru-baru ini, Mourinho menerima tajaan sebanyak 4 juta pound sterling dengan Heineken selepas ditaja oleh Hublot, Jaguar, BT Sport, Adidas, Atlantis Hotel, Lipton Tea dan EA Sports.

Mourinho diwakili oleh agensi komersial Amerika, CAA yang semakin popular dalam dunia bola sepak, dan kini dicabar oleh Conte yang memilih MN2S. - TELEGRAPH

Antonio Conte, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain