suria

Wimbledon: Murray Reda Tewas Suku Akhir

Murray memegang bahagian pinggulnya ketika aksi suku akhir Wimbledon awal pagi Khamis.

ANDY Murray ditunjuk jalan keluar apabil tewas kepada pemain ditangga ke-24 dunia dalam aksi suku akhir Kejohanan Wimbledon, Khamis.

Murray yang tewas dalam permainan lima set,  6-3 4-6 7-6 1-6 1-6 kepada Sam Querry dari Amerika Syarikat.

Ini bermakna pemain berusia 30 tahun itu mengiringi seroang lagi bintang tenis, Novak Djokovic yang turut tersingkir dalam aksi suku akhir.

Malah pemain Britain itu turut mengakui dia tidak layak lagi bergelar pemain nombor satu dunia.

"Saya yakin tiada siapa yang akan kekal  menjadi No.1 sepanjang kariernya. Ia sentiasa ada penamat. Saya tidak bermain dengan baik tahun ini untuk layak berada di situ lebih lama.

"Jika ia tidak berlaku di penghujung kejohanan ini, ia akan terjadi pada penamat Terbuka Amerika Syarikat (Ogos)," jelas Murray.

Mengenai kecederaan di bahagian pinggulnya, Murray memberitahu ia tetap dirasai sepanjang kejohanan ini.

"Tetapi saya telah cuba yang terbaik mengatasinya dan telah memberi segala-gala ketika beraksi," jelas juara bertahan kejohanan ini.

Andy Murray, Wimbledon

Artikel Sebelum

Artikel Lain