suria

Mourinho Berang

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho percaya kelebihan dilihat memihak seteru mereka dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris susulan jadual padat yang perlu dilalui anak buahnya.

United akan berkunjung ke Rusia menentang CSKA Moscow pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Mereka mempunyai masa kurang 72 jam untuk mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Crystal Palace di Old Trafford pada Sabtu ini.

Liverpool pula menentang Spartak Moscow pada awal pagi Rabu dan mempunyai masa tambahan 48 jam ketika bertemu Newcastle pada Ahad.

Malah, Mourinho berang dengan jadual Liga Perdana Inggeris membabitkan pasukannya.

Menurut Telegraph, Mourinho bimbang dengan masa yang terhad untuk anak buahnya melakukan latihan persediaan berbanding pencabar lain.

United mempunyai sekitar 192 jam untuk melakukan persiapan selepas tiga perlawanan di gelanggang lawan pada aksi Liga Juara-Juara berbanding Liverpool 321 jam, Tottenham (290 jam) dan Chelsea (250 jam).

Red Devils kini menduduki tangga kedua, berkongsi 16 mata dengan pendahulu Manchester City.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Ifwat Akmal Luah Isi Hati

Artikel Berikut

Artikel Lain