PATRICE Evra kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Bekas pemain Manchester United itu kembali ke kancah liga perdana dan menyarung jersi West Ham. Sebelum ini kontraknya dibatalkan Marseille dengan persetujuan bersama pada November lalu selepas digantung selama tujuh bulan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa). Dia digantung gara-gara melakukan tendangan kungfu ke atas penyokong Marseille. Evra,36, kembali bekerja di bawah David Moyes seperti di United sebelum ini. “Saya gembira menjadi sebahagian daripada skuad Hammer, kembali ke Liga Perdana Inggeris dan sangat menyukainya!,” ujar Evra di laman rasmi kelab.