suria

Zulfadli sedia 'buka mulut'

PETALING JAYA: Bekas juara remaja dunia Zulfadli Zulkifli terkejut dengan penggantungan 20 tahun daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas di dapati bersalah mengatur perlawanan.

Zulfadli,25, yang ternya tidak berpuas hati dengan hukuman itu dilaporkan sedia untuk membuka mulut dalam sidang media yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Saya masih terkejut dengan keputusan tersebut - sudah pasti saya akan mengadakan sidang media sehari atau dua hari lagi," jelas Zulfadli menerusi mesej ringkas pertama sejak kontroversi mengatur perlawanan ini dilaporkan.

"Sudah tiba masanya untuk mendenar cerita di pihak saya. Nasib baik, BWF tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati - atau saya yakin akan dikenakan pilihan itu.

"Ia bukan mengenai hukuman bersendiri, persoalannya, adalah saya melakukan jenayah itu - dibicarakan dengan adil dan pandangan saya berkaitan dengan ketiadaan bukti yang menyebabkan saya bersalah.

"Saya melalui tempoh perbicaraan dan tribunal itu tidak menunjukkan hak kemanusiaan. Kamu akan dengar lebih banyak lagi pada sidang media nanti.

"Malah dia menimbulkan persoalan: #mangsa atau tertuduh?."

Zulfadli dan seorang lagi pemain,  Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan selama 15 dan 20 tahun atas kesalahan mengatur perlawanan.

Kedua-duanya juga dilarang menghadiri mana-mana majlis pentadbiran, latihan, perasmian dan pembangunan.Panel pendengaran BWF turut mendenda Tan sebanyak AS$15,000 (RM58,897) manakala Zulfadli AS$25,000 (RM98,162).

Zulfadli Zulkifli, gantung

Artikel Sebelum

Artikel Lain