suria

Manchester City ikat Mahrez

MANCHESTER City memecah rekod perpindahan kelab dengan mendapatkan Riyad Mahrez.

City berbelanja mendapatkan pemain sayap Leicester City itu dengan nilai 60 juta pound.

Pemain berusia 27 tahun itu mengikat kontrak lima tahun untuk menjadi pemain baharu pertama Blues selepas bergelar juara Liga Perdana musim ini.

Sebelum ini, City pernah mencuba untuk dapatkan pemain Algerian itu, namun terpaksa melupakan berikutan harga yang tidak mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

Menurut Mahrez, gaya permainan kelab ini adalah sempurna dan dia mahu menjadi sebahagian daripadanya.

"Selalu melihat mereka dari jauh. pep Guardiola komited dengan corang permainan menyerang, dan prestasi City musim lalu sangat luar biasa.

"Saya yakin akan berjaya dalam tempoh akan datang dan percaya gaya permainan saya sendiri akan lebih meningkat di bawah pengurusan Pep," jelasnya.

Mahrez merupakan Pemain Terbaik PFA ketika musim 2015-16 dan meninggalkan Leicester dengan jumlah jaringan 48 gol dalam 179 penampilan.

Riyad Mahrez, manchester city

Artikel Sebelum

Artikel Lain