PENGURUS Manchester United Jose Mourinho dilaporkan memilih Marcos Rojo untuk 'disingkirkan' daripada skuad pilihannya kerana ingin membawa masuk Harry Maguire. Pemain pertahanan Leicester City itu dikaitkan dengan United beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Daily Mirror mendakwa bidaan melibatkan £65 juta (RM347 juta) mungkin berlaku, hanya jika pemain bek tengah kelab itu dikeluarkan bagi meraih dana untuk perpindahan tersebut. Laporan itu mendakwa pemain yang mungkin terlibat ialah Rojo kerana pemain kelahiran Argentina itu jarang bermain sewaktu berada di Old Trafford. Tidak dinafikan pemain berusia 28 tahun itu pernah membanggakan Ref Devils, tetapi kecederaan dan kekurangan konsistensi membuatkan dia ketinggalan. Memetik laporan Caught Offside, ia adalah sesuatu yang tidak mengejutkan sekiranya Maguire diambil untuk menggantikan posisi Rojo. Pemain England itu merupakan pemain yang hebat buat Leicester pada musim lalu dan mendapat tempat dalam skuad Gareth Southgate yang mara ke separa akhir Piala Dunia di Rusia.