JOSE MOURINHO bersedia untuk mengejar kembali pemain bek tengah Tottenham Toby Alderweireld selepas mendapati harga perpindahan Harry Maguire terlalu mahal. Manchester United masih mahu menandatangani lagi dua pemain sebelum tingkap perpindahan ditutup. Pilihan pertama kelab itu adalah pemain pertahanan tengah dan pemain sayap, tapi terkejut dengan permintaan Leicester City yang mahu £75 juta (RM400 juta) untuk melepaskan Maguire. Menurut laporan Metro UK, Foxes enggan melepaskan pemain antarabangsa England itu selepas kehilangan Rihad Mahrez kepada Manchester City pada musim panas. Bagaimanapun, United sememangnya menyasarkan Alderweireld sebagai pilihan utama untuk posisi pemain bek tengah, namun berubah fikiran pada bulan lalu apabila Spurs meletakkan nilai £75 juta (RM400 juta) ke atas pemain Belgium itu. Tapi kini, The Independent UK melaporkan, United akan cuba sekali lagi mendapatkan Alderweireld dan Old Trafford semakin positif bahawa mereka akan berjaya mendapatkan pemain yang diinginkan.