suria

Ferguson ucap terima kasih kepada hospital kerana selamatkan nyawa

ALEX FERGUSON meluahkan ucapan terima kasih beremosi kepada kakitangan hospital yang menyelamatkan nyawa beliau selepas mengalami pendarahan otak pada Mei lalu.

Pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris itu kelihatan sihat untuk bercerita buat kali pertama kepada umum selepas jatuh sakit di rumahnya.

Bekas jurulatih yang berusia 76 tahun itu bersara sebagai bos United pada 2013 setelah menjuarai 38 piala kemenangan dalam tempoh 26 tahun di Old Trafford.

Di bawah pimpinan beliau, United menjadi kelab paling berjaya dalam perlawanan Inggeris dengan 20 gelaran kebangsaan dan 13 daripadanya oleh permata kelahiran Scotland itu.

"Hello, ini adalah pesanan ringkas, pertama sekali terima kasih diucapkan kepada kakitakan perubatan di Hospital Diraja Salford dan Alexandra.

"Percayalah, tanpa mereka yang menjaga saya dengan sebaiknya, saya tidak akan dapat duduk di sini pada hari ini.

"Jadi, terima kasih daripada saya dan pihak keluarga. Terima kasih banyak.

"Ia membuatkan saya berasa sangat rendah hati dengan semua pesanan dari seluruh dunia yang mendoakan kesihatan saya

"Saya akan kembali untuk melihat pasukan (United). Buat sementara ini, semoga berjaya kepada Jose (Mourinho) dan para pemain, terima kasih banyak," kata Sir Alex.

Ferguson turut menjulan 49 trofi sebagai pengurus St Mirren, Aberdeen dan United, termasuk dua gelaran Liga Juara-Juara bersama United pada 1999 dan 2008, serta Piala Juara Eropah bersama Aberdeen pada 1983. - Europsort

Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain