LIONEL Messi buat pertama kali gagal disenarai pendek bagi anugerah pemain terbaik Fifa sejak 2006. Sebaliknya, tiga pemain yang dipilih untuk senarai akhir adalah Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo dan Luka Modric. Messi menjaringkan 45 gol dengan Barcelona memenangi Liga Sepanyol musim lepas. Salah mengungguli senarai akhir selepas membantu membawa Liverpool ke final Liga Juara-Juara dan menjaringkan 32 gol dalam Liga Perdana Inggeris. Modrid membantu Real Madird memenangi Liga Juara-Juara sebelum membawa Croatia ke final Piala Dunia di Rusia. Ronaldo dan Messi merupakan pemenang anugerah itu sejak 2008, dengan masing-masing memperoleh lima kemenangan. Majlis anugerah bakal berlangsung di London pada 24 September ini. - Mail Online UK