suria

Klopp nafi gaduh dengan Fabinho

JURGEN Klopp menegaskan Fabinho boleh beraksi untuk Liverpool pada masa ini dan mendakwa dia tiada masalah dengan pemain Brazil itu walaupun tidak menurunkannya dalam aksi bertemu Leicester.

Pengendali dari Jerman itu masih belum menurunkan Fabinho sehingga menyebabkan ramai keliru mengenai keputusan Klopp.

Namun Klopp menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan pendatang baharu itu dingin dengan memberitahu Fabinho akan beraksi dalam masa terdekat.

Ketika ditanya apa yang tidak kena dengan Fabinho, Klopp berkata:"Tiada apa-apa. Pasukan bagus dan dia memerlukan masa."

"Dia boleh bersama skuad... sudah tentu. Tetapi agak sukar untuk menentukan skuad ketika ini kerana semua pemain cergas.

"Agak bagus apabila ada seorang pemain perlu sedikit masa manakala yang lain menggunakan peluang itu. Itulah sebabnya.

"Namun dia akan kembali. Dan sekarang kami ada perlawanan setiap tiga hari dan dia menunjukkan kemajuan sejak beberapa minggu lalu. Dia boleh beraksi pada masa ini.

"Sekarang Fabinho ada perlawanan bersama Brazil dan kemudian selepas dia pulang, kami ada banyak perlawanan. Jadi kami perlukan dia selepas ini," kata Klopp.

Jurgen Klopp, Fabinho

Artikel Berikut

Rashford budak naif - Mourinho

Artikel Lain