suria

Beckham mahu jadikan Ronaldo pemain pertama dibeli kelabnya

DAVID Beckham bersedia menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai pemain pertama dibawa masuk Inter Miami, lapor The Daily Mail.

Bekas kapten England itu mengumumkan pasukan MLS terbaharu miliknya pada Rabu.

Inter Miami atau Internacional de Futbol Miami akan memulakan saingan pada 2020 selepas Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu.

"Ini adalah hari yang penuh membanggakan buat diri saya dan sleuruh pasukan.

"Kami mengambil langkah penting dalam menubuhkan kelab kami dan hari ini ia menandakan saat penting dalam sejarah Internacional de Futbol Miami," katanya.

Kelab itu turut melancarkan logo, yang berbentuk bulat dan mempunyai gambar dua burung heron yang melambangkan nilai “antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan bercita-cita tinggi’ hari ini.

Beckham diberikan francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas membuat pengumuman rancangannya untuk menubuhkan sebuah pasukan buat pertama kali di bandar Selatan Florida itu, empat tahun lalu.

Inter Miami dijadual untuk bermain pada 2020 di venue sementara sehingga stadium mereka yang memiliki kapasiti 25,000 tempat duduk dan diberi nama "Miami Freedom Park" lengkap setahun selepas itu.

Beckham kini akan memberi tumpuan kepada pengambilan beberapa pemain terkemuka dunia dalam usaha untuk membina profil dan meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan kelab bola sepak miliknya.

Ronaldo, 33, menyertai Juventus selama empat tahun dengan bidaan sekitar 99.2 juta pound sterling dari Real Madrid.

The Daily Mail turut melaporkan apa sahaja tawaran untuk Ronaldo akan memecah rekod perpindahan MLS.

Beckham juga sedang mempertimbangkan untuk mengikat bekas rakan pasukannya di Manchester United, Wayne Rooney.

David Beckham, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Maradona kembali jadi jurulatih

Artikel Berikut

Artikel Lain