suria

Jurgen Klopp mahu pemain sayap lain sebelum menandatangani Salah

Salah bukan pemain sayap asal pilihan Klopp. - Reuters

JURGEN KLOPP pada asalnya mahu menandatangani Julian Brandt dan bukannya Mohamed Salah.

Liverpool menyempurnakan kontrak menandatangani Salah pada musim panas lalu dengan nilai £ 36 juta (RM189 juta) dari pasukan gergasi Serie A, Roma.

Dalam penampilan sulungnya, pemain itu berjaya menjaringkan 44 gol menerusi 52 kemunculan dan memenangi Anugerah Puskas atas usaha cemerlangnya menentang Everton.

Bagaimanapun, dilaporkan bahawa Salah bukanlah pemain sasaran Klopp sebelum ini.

Menurut The Times, Klopp sangat berminat dengan bintang muda Brandt daripada pasukan Bayer Leverkusen.

Bintang Jerman itu mempamerkan aksi mengagumkan sejak beberapa musim lalu dan berjaya menarik perhatian beberapa kelab utama Eropah.

Antara sebab mengapa Liverpool memilih Salah akhirnya adalah kerana pasukan pengambilan kelab tersebut yang berjaya mempengaruhi keputusan Klopp.

Bintang Bayer Leverkusen tersebut akhirnya mendedahkan bahawa dia tidak mahu meninggalkan pasukannya dan mengambil risiko tidak bersaing di Rusia. - Mirror UK

Jurgen Klopp, Salah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zaquan Adha sah milik Lang Merah

Artikel Lain