suria

Adakah Mourinho mampu bertahan sehingga akhir musim?

Nasib Mourinho masih samar-samar. - Reuters

MANCHESTER UNITED semakin tenat melalui musim terburuk mereka dalam bola sepak dan pengurusnya, Jose Mourinho pula semakin tertekan apabila ramai yang tertanya-tanya tentang nasibnya sama ada dia akan bertahan sehingga akhir musim.

Sportsmail melakukan penilaian ke atas beberapa soalan penting yang menyelubungi bos United itu.

Adakah Jose Mourinho bertahan sehingga Krismas?

Ia bergantung kepada keputusan beberapa perlawanan akan datang jika dia diberi masa yang mencukupi.

Situasi yang memaksa United mengawasi keadaan dalam jangka pendek telah menunjukkan bahawa kelab tersebut mencapai tahap kritikal.

Siapa yang akan menentukan nasibnya?

Keluarga Glazer dan pengerusi bersama Joel Glazer secara tepatnya.

Dia sedang berbincang dengan naib pengerusi eksekutif kelab Ed Woodward mengenai situasi tersebut pada Isnin dan akan membuat keputusan terakhir.

Siapa yang akan diambil untuk menggantikannya?

Zinedine Zidane adalah calon kegemaran dan boleh masih belum terikat dengan mana-mana kelab selepas memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Mauricio Pochettino juga menjadi calon yang paling layak, tetapi United tahu bahawa ia sangat sukar untuk mencuri jurulatih dari Argentina itu daripada Tottenham pada pertengahan musim.

Secara idealnya, United tidak akan memecat Mourinho dalam masa terdekat.

Jadi adakah Mourinho akan kekal sehingga akhir musim?

Mungkin, ya. Dia kelihatan berada di ambang bahaya sebelum kembali pulih pada musim ini.

Namun, sebarang harapan bahawa dia adalah orang yang tepat untuk tugas itu sudah semakin pudar. - Daily Mail

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain