suria

Henry digantung tugas latih skuad Monaco

THIERRY Henry digantung tugas sebagai pengurus Monaco.

Bekas bintang Arsenal dan Perancis itu gagal memberi keputusan memuaskan selepas dilantik menggantikan Leonardo Jardim Oktober lalu.

Pada sidang media Khamis, dia mengesahkan beberapa pemain tidak hadir menjalani latihan.

“Anda perlu lihat. Hanya beberapa orang sahaja yang berlatih semalam (Rabu) . Kita akan lihat hari ini.

“Ia sangat penting untuk melihat reaksi di Dijon. Kami dalam situasi sukar, malangnya ia tidak berubah.

“Anda perlukan mereka yang mahu menyelamatkan kelab, yang tidak fikirkan diri sendiri. Kami akan selesaikan. Kami akan berperang,” ujarnya.

Bagaimana pun Monaco mengesahkan bahawa Henry digantung tugas.

“Monaco mengambil keputusan untuk menggantung jurulatih utama Thierry Henry.

“Frank Passi akan melatih kumpulan profesional Jumaat ini,” jelas Monaco dalam satu kenyataan.

Monaco kini berada dalam zon penyingkiran Ligue 1 dan skuad Henry sebelum ini juga tersingkir dan saingan Coupe de France selepas tewas kepada kelab liga kedua Mets pada Khamis.

Dalam pada itu Henry juga dilihat hilang sabar ketika Monaco tewas 5-1 kepada Strasbourg awal bulan ini. Dia dirakam memarahi pemain pertahanan Strasbourg Kenny Lala dengan bahasa kesat.

Walaupun baharu mengikat bekas pemain Chelsea Cesc Fabregas bulan ini, Monaco gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Manakala Jardim yang dipecat walaupun telah memberi gelaran juara Ligue pada 2016-17 dikaitkan akan kembali ke kelab.- uk.sports.yahoo

Thierry Henry, Monaco

Artikel Lain