suria

"Tolong, tolong jangan hentikan pencarian," rayu kakak Sala

Romina merayu supaya pencarian Sala tidak dihentikan.

"TOLONG, tolong, jangan hentikan pencarian. Saya tahu dia masih hidup. Dia tidak akan berputus asa," rayu kakak Emiliano Sala.

Pemain baharu Cardiff City itu masih tidak dijumpai selepas pesawat yang dinaiki terhempas dan hilang di laut.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil keputusan untuk menghentikan pencarian selepas melihat peluang amat tipis dengan keadaan laut yang sukar.

Romina tiba di United Kingdom pada Khamis menghadiri sidang media di Cardiff dan bertemu dengan pengurusan kelab.

“Kali terakhir saya bercakap dengannya pada Isnin lalu sebelum dia bertemu dengan rakan-rakannya di Nantes.

“Dia sangat teruja untuk ke Cardiff dan kami berborak sepanjang hari,” ujar Romina.

ARTIKEL BERKAITAN: Ais punca pesawat dinaiki Sala terhempas

Sala, 28, dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak dengan Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling minggu lalu.

Pemain bola sepak Argentina itu telah menghantar mesej kepada saudara-maranya sebaik sebelum berlepas dengan mengatakan pesawat itu kelihatan seperti mahu jatuh.

Cardiff mengesahkan mereka tidak bertanggungjawab mengaturkan pengangkutan untuk Sala.

Juruterbang pesawat ringan itu Dave Ibbotson mempuntai lesen penerbangan persendirian British membenarkan dia untuk menerbangkan penumpang selagi dia tidak mengutip sebarang keuntungan dalam sebarang penerbangan.

Namun sekiranya dia mengenakan bayaran lebih daripada harga minyak dan perbelanjaan untuk membawa Sala antara Perancis dan Britain, ia dianggap sebagai pesawat komersial.  –Dailymail.co.uk

Romina, Kakak Sala

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain