suria

Chelsea 'pening kepala' Paredes pilih PSG

PARIS Saint-Germain (PSG) bersetuju mengikat pemain tengah Argentina Leandro Paredes dengan nilai perpindahan 41 juta pound (RM221.33juta).

Pemain berusia 24 tahun dari kelab Zenit St Petersburg menandatangani kontrak selama empat tahun setengah selepas menjalani ujian kesihatan.

Kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea turut berminat dengan sentuhan Paredes yang menyertai Zenit Julai 2017 dari AS Roma dengan mengumpul 9 kap untuk pasukan Argentina.

Keputusan Paredes menyertai PSG sekaligus memberi tamparan kepada The Blues yang berharap dia dapat menggantikan posisi Cesc Fabregas selepas pemain itu berpindah ke Monaco.

Paredes bermain di bahagian pertahanan tengah namun tetap menyumbangkan tiga gol dalam 15 aksi Liga Rusia musim ini.- Dailymail.co.uk

Leandro Paredes, PSG

Artikel Berikut

Artikel Lain