PRESIDEN kelab Barcelona Josep Maria Bartomeu menafikan jangkaan bintang Brazil Neymar kembali ke Nou Camp. Pemain berusia 27 tahun itu sukses bersama Barcelona selama empat musim sebelum perpindahan rekod dunia 198 juta pound ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2017. Walaupun turut menyumbangkan gol dan trofi musim lalu bersama PSG, Neymar tetap dikaitkan untuk kembali ke skuad juara Liga Sepanyol itu. Namun Bartomeu memberitahu, tidak ada menghubungi Neymar atau ejen atau bapanya mengenai kemungkinan untuk perpindah. "Saya tidak pernah bercakap dengan mereka, mahupun ayah atau pemain untuk panggil kembali ke Barca. Mereka juga tidak ada hubungi kami," jelasnya kepada El Partidazo de COPE. "Kami sedang melakukan persediaan untuk musim depan dan nama Neymar tiada di atas 'meja'. "Kami ada berbincang mengenai pemain PSG, dan tidak mungkin PSG akan melepaskan pemain seperti dia." Neymar merakam 20 gol dalam 23 aksi musim ini sebelum mengalami kecederaan dan terpaksa berehat sehingga April ini.-Dailymail.co.uk