PENYERANG DC United Wayne Rooney mengakui dia masih mampu untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Penjaring gol England dan Manchester United sepanjang masa itu beralih arah dari Everton ke MLS dengan kontrak selama tiga tahun setengah bersama DC Jun lalu. Penyerang itu terpaksa berjuang ketika kembali ke kelab lamanya Everton pada tahun 2017 dan menukar Romelu Lukaku ke Old Trafford. Bagaimanapun pemain berusia 33 tahun itu membantu DC daripada tangga tercorot, serta membawa kelab ke aksi play-off Eastern Conference dan menjaringkan 12 gol dalam 21 penampilan. "Jika saya bercakap jujur, saya tahu kualiti sebenar. Saya masih boleh bermain di Liga Perdana. "Saya tahu itu. Saya adalah orang yang berkeyakinan dan mempunyai jangkaan tinggi terhadap diri sendiri. "Saya telah datang ke sini dan menjangkakan yang terbaik. Dan saya fikir telah mengejutkan orang yang mempunyai pandangan terhadap saya. "Ia sangat adil, tetapi saya tidak pernah ada ragu-ragu dengan diri sendiri," ujarnya kepda CNN Sports. Rooney telah dilepas oleh Manchester United ketika di bawah pengurusan Jose Mourinho.-Onefootball