suria

Solskjaer sahkan kontrak dengan Molde tamat, peluang jadi pengurus tetap di United cerah

PENGURUS sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan kontraknya bersama kelab Norway, Molde sudah tamat.

Solskjaer tiba di Old  Trafford Disember lalu menggantikan Jose Mourinho yang dipecat.

Dia  ditugaskan menguruskan skuad sehingga akhir musim ini.

Pegawai Eksekutif Molde, Oystein Neerland memberitahu, mereka gembira meminjamkan Solskjaer kepada United.

Minggu lalu, Neerland berkata, pengurus itu hanya berada di United sehingga penghujung musim ini dan berharap Solskjaer kembali ke Molde Mei ini.

Namun sebaliknya yang diberitahu oleh pengurus berusia 46 tahun itu.

"Saya tidak pasti bagaimana ia diuruskan. Saya fikir kontrak sudah tamat dan kini saya berada di bawah kontrak Manchester United.

"Saya fikir kami perlu kontrak baharu di sini (di Molde)," jelasnya kepada Fotballklubben.

Solskjaer menandatangi kontrak bersama United sehingga musim ini dan sekiranya kembali ke Molde ia akan diuruskan oleh kelab dan persetujuan pengurus.

Difahamkan seorang pengurus tidak boleh mempunyai dua kontrak bersama dua kelab berbeza dalam satu masa.

Beberapa minggu sebelum bersetuju bekerja sementara di United, Solskjaer telah menandatangai kontrak sambungan selama tiga tahun bersama Molde.

Solskjaer menjadi pengurus kesayangan di United selepas membawa kegembiraan kepada kelab dengan keputusan yang memberangsangkan selepas pemecatan Mourinho.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain