suria

Ronaldo kemas kini sedang pulih dari cedera paha dengan foto berseluar dalam

Cristiano Ronaldo memuat naik gambarnya hanya berseluar dalam di akaun Instagram miliknya. Foto instagram cristiano

CRISTIANO Ronaldo mengingatkan peminatnya mengenai fizikalnya yang tegap apabila mempergiatkan pemulihannya dari kecederaan paha.

Bintang Juventus itu mengalami kecederaan semasa perlawanan skuad kebangsaa tetapi tidak sepatutnya berisiko terlepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara bulan depan dengan Ajax.

Ronaldo dikeluarkan pada pertemuan Portugal dan Serbia dalam kempen Kelayakan Euro 2020 minggu lalu selepas cedera di pahanya.

Pemain berusia 34 tahun itu bagaimanapun sibuk berada di gim, dan turut mengemaskini media sosial buat para peminatnya.

Terbaharu, gambar yang dimuat naiknya di media sosial mencairkan pengikutnya selepas berkongsi foto yang begitu mendedahkan di akaun Instagram miliknya.

Dengan hanya berseluar dalam jenama 'Cristiano Ronaldo', pemain pasukan Portugal itu menunjukkan lengannya yang berotot di antara dua tab mandi.

Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik sebelum itu tidak begitu mendedahkan dengan aksinya berenang, dengan keterangan foto 'sedang bekerja keras untuk pulih'. - Mirror UK

View this post on Instagram

Working hard on my recovery??

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Juventus, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain