SEORANG bintang sukan wanita dari Scotland dikatakan mengalami kemurungan akibat penularan video peribadinya di internet. Polis kini sedang menjalankan siasatan setelah berlakunya penularan rakaman melibatkan atlet itu bersama pasangannya sejak minggu lalu. Dia dipercayai baru berusia 18 tahun sewaktu rakaman berdurasi lebih lapan minit itu dirakam. Kejadian dikatakan berlaku setelah telefon bimbit miliknya digodam. Twitter, Google dan beberapa laman web sudah diarah supaya memadamkan rakaman berkenaan. "Dia kini tertekan, polis sedang membuat siasatan. Dia pun tak tahu dia masih simpan rakaman itu. "Dia fikir sudah lama padam. Perkara itu sudah lama," dedah seorang sumber yang rapat dengan atlet itu. - Mirror.