LAMAN web France Football dan Twitter rasminya menimbulkan kemarahan ramai apabila ia memaparkan imej mengaibkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Outlet itu menerbitkan ilustrasi yang memaparkan dua pemain itu sedang bercumbu sebagai foto untuk undian melibatkan mereka. Malah, ramai yang menuduh organisasi itu sengaja mencari publisiti murahan. Foto kontroversi yang menimbulkan kemarahan ramai. Selain itu, ilustrasi berkenaan turut dikaitkan dengan kes ilustrasi serangan Charlie Hebdo yang pernah menjadi isu sebelum ini. Seorang individu turut mendakwa outlet berkenaan mencuri imej berkenaan yang sebelum ini pernah dilukis di sebuah hentian bas oleh pelukis jalanan Itali pada 2017. Dalam pada itu, peminat turut menggesa agar gambar berkenaan dipadamkan. Ujar mereka, ia seolah-olah tidak menghormati keluarga dua pemain itu.-Rt.Com.