SIAPA yang tidak berang seandainya sentiasa menjadi bahan kritikan ramai. Begitulah senario yang dihadapi Cristiano Ronaldo pada masa kini. Ronaldo, 34, mengakui berasa menyampah dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya. Malah, dia tidak selesa kerana perlu membuktikan dirinya saban tahun. Biarpun sudah banyak meraih kejuaraan, kritikan terhadap Ronaldo tidak pernah berhenti. Malah, perbandingan antara dia dengan Lionel Messi juga tidak pernah tamat. - Goal.com.