PAUL Pogba banyak memberi 'sumbangan' kepada kejatuhan Manchester United (MU), kata Steve McMahon yang juga bekas bintang Liverpool.
Ujar McMahon, Pogba menjadi sebahagian daripada masalah-masalah yang melanda pasukan itu.
"Pogba bertindak sesuka hati pada bila-bila masa dan kamu tak boleh buat apa sebab tak boleh pecat pemain.
"Para pemain banyak memberi kesan kepada kejatuhan pasukan," katanya.
Malah katanya, MU juga seolah-olah jauh dan sukar untuk menjuarai Liga Premier.
"Saya nak tengok pengurus bangkit. Jose Mourinho cuba dan dia tewas kerana pemain sangat berkuasa pada zaman ini," kata McMahon lagi. - Daily Star.