PEP Guardiola mengaku dia mahu Leroy Sane kekal bersama Manchester City, namun terpulang kepada pemain itu sendiri. Pemain antarabangsa Jerman itu dilaporkan berada dalam radar perhatian Bayern Munich yang menganggap Sane sebagai pemain impian untuk diikat musim depan. Pemain berusia 23 tahun itu membuat 46 penampilan dalam semua perlawanan untuk City sepanjang musim 2018/19, menjaringkan 16 gol, namun hanya 21 aksi untuk 38 saingan dalam Liga Perdana. Sane turut bermain dan menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 6-1 ke atas kelab Hong Kong Kitchee bagi perlawanan persahabatan pada Rabu. Guardiola berkata, Sane amat komited dengan masa depannya di kelab dan masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun. "Dia melakukan permainan yang baik, lebih-lebih lagi pada babak kedua. Dia adalah pemain yang kami hargai. Saya sangat menyukainya," jelas Guardiola selepas perlawanan persahabatan tersebut. "Saya juga fikir dia akan jadi lebih baik. Kami mahu dia kekal di sini. "Persetujuan kami sangat baik dan jika dia ingin pergi, saya akan sedih. Harapnya dia akan kekal." -eurosport