suria

Liverpool ikat Elliot pemain termuda Liga Perdana

Elliot berusia 16 tahun kini sah menjadi pemain Liverpool.

LIVERPOOL mengikat seorang pemain muda berusia 16 tahun.

Harvey Elliot dari Fulham direkodkan sebagai pemain paling muda beraksi dalam Liga Perdana.

Elliot juga menjadi pemain baharu kedua The Reds selepas Sepp van den Berg menyertai kelab dan kedua-duanya turut serta dalam aksi persahabatan di Napoli pada Ahad.

Mereka juga akan terbang menjalani kem latihan di Evian, Perancis minggu depan.

"Saya sangat gembira untuk mengumumkan telah menandatangani untuk Liverpool.

"Perasaan sangat luar biasa apabila dapat menyertai kelab yang diminati sejak kecil lagi dan kini secara rasmi boleh menggelar diri saya Red!.

"Saya tidak sabar untuk bermula dan perasaan sangat istimewa apabila memakai jersi merah yang terkenal ini.

"Saya akan bekerja keras sebaik mungkin dan dapat rasakan Anfiled merupakan tempat paling sempurna untuk pembangunan dan progres sebagai pemain," tulis Elliot di Instagramnya.

Elliot sebelum ini menolak untuk kekal bersama Fulham dan bermain dalam Liga Kejuaraan Inggeris bagi kempen musim depan.

Liverpool kini terpaksa membayar pampasan untuk mendapatkan Elliot.

Selain Liverpool, Eliiot juga turut menjadi perhatian kelab gergasi lain seperti Paris Saint-Germain dan RB Leipzig namun memilih untuk bersama di Anfield. - Dailymail.co.uk

Harvey Elliot, Liverpool, 16 tahun

Artikel Lain