suria

Fesyen Neymar jadi jenaka, jaket disamakan dengan selimut

Salah satu foto yang dimuat naik di Instagram Neymar.

HEBAT beraksi di padang, Neymar juga dikenali ramai kerana citarasa fesyennya.

Terbaharu, fesyen yang digayakan pemain Paris Saint-German itu menjadi bahan jenaka oleh pemain Argentina, Mauro Icardi.

Jaket yang digayakan Neymar disifatkan Icardi sama seperti kain selimut.

"Adakah kamu bawa kain selimut dari rumah?" soal Icardi di Instagram.

Neymar kemudian memberi respon memberitahu pemilihan pakaian itu dibuat kerana cuaca yang sejuk.

Dalam pada itu, foto berkenaan yang dimuat naik di Instagram Neymar sehingga kini menerima lebih 2.2 juta tanda suka. - Daily Mail.

Artikel Sebelum

Artikel Lain