TUGAS Lim Teong Kim dalam menyalurkan DNA Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menerusi tugasnya sebagai Pengarah Teknikal di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) selesai selepas lima tahun. Ia berikutan kontraknya bersama NFDP tamat pada Khamis (31 Oktober 2019). Kepulangan bekas pengendali Akademi Bayern Munich enam tahun lalu di arena pembangunan bola sepak negara menjadi perhatian selepas 12 tahun di Jerman. ARTIKEL BERKAITAN: "If your pay peanut, you get monkeys”, Teong Kim mahu pulang ke Munich selepas kontrak berakhir ARTIKEL BERKAITAN: Teong Kim hargai pemain dan penyokong guna #SaveLTK, akui ada bertemu TMJ ARTIKEL BERKAITAN: Teong Kim kecewa jadual Piala Belia ‘jahanamkan’ pemain AMD - “Apalah nasib Najmudin, FAM sendiri tak peduli” Bekas pemain kebangsaan kelahiran Melaka ini memberitahu, dia gembira melihat progres terbaharu pemain-pemainnya yang dipilih berada dalam skuad Bawah 18 tahun negara. “Seramai 12 pemain AMD yang terpilih ke Kelayakan Piala AFC Bawah 19 tahun kini berada di Phnom Phen, Kemboja. Teong Kim bersama sebahagian daripada 18 jurulatih AMD yang turut mengahantarnya ke KLIA pagi Jumaat. “Di situ boleh lihat keberkesanan program ini walaupun sebelum ini dikritik oleh sesetengah jurulatih, pemain, bekas pemain dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Bagi saya, mereka ini 'orang-orang buta’. Kalau program ini tidak berjaya mengapa panggil mereka? Sepatutnya panggillah semua pemain muda di setiap negeri. “Hampir lima tahun bersama pemain-pemain ini, saya boleh lihat peningkatan mereka terutama yang berada dalam skuad B-18 sekarang ini,” ujarnya kepada mStar. Teong Kim,56, mengakui dia menghargai pemain-pemain dan semua jurulatih AMD serta jurulatih yang berada di bawahnya. “Dua hari lalu pemain-pemain AMD yang berada dalam skuad negara ada menghantar mesej serta hubungi saya. “Mereka mahu berjumpa dan belanja saya makan sebelum balik ke Jerman. Tetapi saya tolak kerana tidak mahu mengganggu mereka sebelum ke Kemboja. Teong Kim (kanan) bersama sebahagian daripada pemainnya ketika Jelajah Eropah sebelum ini. “Sikap mereka ini saya puji kerana tahu menghargai. Ini bermakna sumbangan saya dalam AMD bukan sahaja melahirkan pemain-pemain berkaliber tetapi paling penting sekali adalah sikap. “Mereka telah menunjukkan human value yang tinggi yang memang diserapkan di AMD. View this post on Instagram Terima Kasih coach Lim Teong Kim. Good Luck. #mstaronline A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 31, 2019 at 11:10pm PDT “Begitu juga dengan jurulatih-jurulatih di AMD, di akademi negeri yang saya sangat bangga kerana tahu menghargai segala perkongsian yang diberi sepanjang saya berada di sini. “Sesetengah pihak tidak tahu menghargai dan hanya tahu complaint sahaja. Kalau pemain itu tak bagus , mereka akan mengkritik dan finger point kepada saya kerana saya melatih mereka di AMD. “Dan sekarang apabila pemain-pemain ini bagus, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin), Datuk Seri Subahan Kamal (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal NFDP), Datuk Ong Kim Swee serta pengarah teknikal (Peter de Roo) takut atau mengelak menyebut siapa jurulatih-jurulatih yang melatih pemain ini semua. “Mungkin mereka anggap 12 pemain dalam skuad negara B-18 sekarang adalah ‘kerja’ mereka, sampai begitu sekali mereka benci. “Ia sangat berbeza dengan negara Eropah yang sentiasa memuji siapa jurulatih-jurulatih sebelum pemain-pemain ini diserapkan ke pasukan utama. Mereka sentiasa memberi kredit kepada jurulatih-jurulatih awal pemain. “Pun begitu saya sentiasa menaruh harapan agar semua pemain ini terus berjaya ke peringkat lebih jauh,” katanya.