suria

Ancellotti teruja dilantik pengurus baharu Everton “Dulu saya dipecat di sini oleh Chelsea”

Ancelotti kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas dilantik sebagai pengurus baharu Everton.

CARLO Ancellotti mengimbas kembali kenangan dipecat pada tahun 2011 sebaik sahaja dilantik sebagai pengurus baharu Everton.

Ketika itu menyaksikan Chelsea tewas 1-0 kepada Everton pada aksi akhir musim 2010-11.

Ancelotti yang melakar rekod juara Piala Eropah sebanyak lima kali menganggap kenangan tersebut sebagai hari terburuk dalam kariernya.

Namun pengurus berusia 60 tahun itu tetap tersenyum berkongsi kenangan.

"Saya dipecat oleh Chelsea di sini, di koridor. Saya fikir anda perlu meletak plak di sini: 'Here was sackes Carlo...', " jelasnya  bergurau.

Ancelotti kembali ke Everton sebagai pengurus bagi mengggantikan Marco Silva yang dipecat awal bulan ini.

"Saya diyakinkan dan amat mudah untuk membuat keputusan.

"Kembali ke Liga Perdana sangat penting bagi saya kerana ia merupakan pertandingan terbaik di dunia.

"Everton merupakan sebuah kelab yang mempunyai tradisi dan sejarah dan mereka mahu perubahan. Saya sangat teruja," ujarnya. -Dailymail.co.uk

Carlo ancelotti, Everton, Chelsea

Artikel Lain