BOS Nice, Patrick Viera nafi mengadakan perbincangan bersama Arsenal selepas Mikel Arteta dilantik sebagai ketua jutulatih. Arteta secara rasminya bekerja di Stadium Emirates bermula Ahad dengan mengikat kontrak selama tiga tahun setengah. Ketua Arsenal, Raul Sanllehi memberitahu dia dan pengarah teknikal Edu telah bercakap dengan beberapa calon 'top class' dan salah seorangnya dikaitkan dengan Vieira. Bekas kapten The Gunners itu dikaitkan dengan mengambila alih tugas Unai Emery yang dipecat bulan lalu. Namun dia menafikan spekulasi tersebut. "Tidak. Agak terkejut melihat nama sendiri tetapi saya masih di bawah kontrak bersama Nice. "Saya sangat bertuah kerana terlibat dengan projek-projek kelab ini. "Saya juga tidak berminat untuk melihat tempat lain," jelasnya. Sebagai rekod, Nice menamatkan saingan di tangga ketujuh pada musim pertama dia memegang kelab ini dan kini di kedudukan k-10 dalam Liga Perancis. - Onefootball