suria

Tangguh bayaran gaji, Leeds tawar bonus dua peratus kepada semua pemain

Pemain-pemain Leeds United bersutuju menangguh pembayaran gaji berikutan Covid-19, dan pemilik kelab bersetuju membri bonus kepada mereka.

BIARPUN kelab lain ‘pening kepala’  mengatur pembayara gaji pemain atau staf, berbeza pula dengan Leeds United.

Leeds United bersetuju memberi gaji tambahan atau bonus sebanyak dua peratus kepada semua pemainnya ketika tempoh penggantungan liga berikutan penularan Covid-19.

Pendahulu Liga Kejuaraan Inggeris itu menjadi kelab pertama mencapai persetujuan dengan pemain-pemainnya mengenai penundaan gaji bulan lalu.

Pemilik kelab Andrea Radrizzani menawarkan bonus tersebut sebagai penghargaan kepada pemain-pemainnya.

Leeds antara kelab yang terkesan dengan krisis Covid-19 biarpun berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk musim baharu nanti.

The Whites mendahului dengan kelebihan tujuh mata daripada pencabar kedudukan ketiga, Fulham dengan baki sembilan perlawanan lagi.

Kelab ini mencatat kehadiran penonton paling tinggi bagi Liga Kejuaraan Inggeris melebihi 35,000 penonton di laman sendiri. - Dailymail.co.uk

Leeds United, Bonus, Tangguh Gaji

Artikel Lain