PEMAIN tengah Manchester City, Rodri memanfaatkan tempoh perintah berkurungnya dengan mengulang kaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan pada bulan ini. Rodri kini sedang menuntut ijazah di sebuah universiti di Sepanyol dalam jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan. "Saya banyak meluangkan masa dengan mengulang kaji pelajaran kerana beberapa hari lagi saya bakal menduduki peperiksaan. "Saya sendiri tak pasti kerjaya saya di masa hadapan. Meneruskan pelajaran di peringkat ijazah merupakan cabaran buat saya. "Suatu hari ia mungkin bermanfaat untuk saya. Jika kareer di atas padang saya ingin terus melibatkan dalam arena sukan, tetapi ia tidak mengapa jika sebaliknya," ujarnya. Dalam pada itu, Rodri yang kini berusia 23 tahun memberitahu bahawa rakan sepasukannya teruja untuk kembali beraksi di atas padang. "Kita semua pasti ada ahli keluarga serta rakan-rakan yang menghadapi waktu yang sukar sejak penularan Covid-19. Ada yang kehilangan orang tersayang namun perkara yang paling penting adalah untuk mengambil langkah berjaga-jaga. "Sebaik sahaja wabak ini tamat, kita semua kembali menjalani kehidupan seperti biasa. "Penyokong Manchester City juga tidak sabar untuk melihat kami beraksi semula dan semua pemain juga sedang menunggu lampu hijau daripada kerajaan," tambahnya lagi. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!